Friday, October 10, 2008

AMK Serdang gesa Kerajaan turunkan segera harga minyak

AMK Serdang hari ini ingin menggesa Kerajaan pimpinan Arm NO dan be End sepaya menurunkan segera harga runcit petrol dan diesel. Harga runcit petrol telah dinaikkan secara mendadak dari RM1.92 seliter kepada Rm 2.70 seliter pada Jun 2008 sebelum diturunkan sebanyak 15 sen pada 23 Ogos 2008 akibat deskan seluruh rakyat Malaysia dan juga desakan keras Pakatan Rakyat. Harga minyak diturunkan lagi walaupun sekadar 10 sen baru-baru ini. namun demikian, "duit raya sekupang" tersebut belum mampu mengurangkan penderitaan rakyat Malaysia yang bukan sahaja terpaksa menampung kenaikan harga minyak tersebut, malah kesan berantai akibat kenaikan harga minyak seperti kenaikan harga beras, minyak masak, tepung, susu bayi, gula garam dan barang-barang keperluan harian yang lain. Malah ketika musim raya baru-baru ini, harga lemang di Kelantan pun sudah mencecah RM 5 sebatang berbanding RM 3 pada tahun lepas!!

Perebutan "harta perang" para pemimpin UMNO dalam pemilihan parti mereka tidak seharusnya menenggelamkan kesengsaraan rakyat yang kian hari kian parah. Persetankan Abdullah Badawi yang akhirnya diterajang oleh ahli partinya sendiri, mencatat sejarah sebagai Presiden UMNO paling lemah dan memalukan, biarkan si Najib Mongolia dengan angan-angan baru menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO, rakyat marhaen akan terus meratap pilu melihat poket mereka yang semakin tipis.

Apa yang rakyat mahu, HARGA MINYAK MESTI DITURUNKAN SEGERA!!
Harga barang sudah pasti tidak terus turun mendadak akibat tangan-tangan "haram" yang tidak tahu dan tidak mahu mengerti penderitaan rakyat, tetapi sekurang-kurangnya, harga minyak sekitar RM 1.60-1.70 seliter pasti mampu membuatkan kita menguntum senyuman lega.

Kedudukan UMNO dan BN yang kian "lemas" seharusnya diambil kesempatan oleh Pakatan Rakyat. Benamkan terus mereka dan jangan diberi peluang langsung. Pimpinan Pakatan Rakyat harus menunjukkan kepada rakyat Malaysia SEKARANG bahawa mereka adalah Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan bakal Menteri Kabinet kerajaan Malaysia! Ketepikan isu-isu remeh dan merugikan rakyat dan Pakatan Rakyat.

Rakyat sudah tidak sabar menyaksikan Buletin Utama TV3 yang bebas, muka hadapan Utusan Malaysia yang telus, tahanan ISA dibebaskan, SPR dibersihkan, Solat Hajat dan Ceramah Perdana di Dataran Putra, Putrajaya, dan yang paling penting, harga minyak petrol sekitar RM 1.50-1.60 seliter.

Akhir kata, AMK Serdang akan terus bersama-sama pimpinan PKR dan Pakatan Rakyat mendepani arus dan cabaran Menuju Malaysia Baru tidak berapa lama lagi!

Reformasi!!

No comments: