Monday, October 20, 2008

Bila Si Kera bagi bunga kepada si monyet.... sama sahaja

Al kisah Abdullah Badawi pun menyerahkan secara rasmi tugas sebagai Menteri Kewangan kepada Najib Razak semalam. Melawaklah kononnya si Najib dalam menjawab soalan wartawan, katanya "Perbezaan antara jadi menteri pertahanan dan menteri kewangan ialah apabila menjadi menteri pertahanan, tengah malam dapat panggilan telefon pasal plane crash tapi jadi menteri kewangan, tengah malam dapat panggilan telefon pasal market crash."

Sepatutnya Najib berkata "Perbezaan antara Menteri Kewangan dengan Pertahanan ialah Kewangan lagi banyak duit daripada Kem. Pertahanan. Dan lagi, biasanya masa jadi Menteri Pertahanan tengah malam dapat call dari Razak Baginda kat mana nak dating dengan Altantuya, sekarang dapat call tengah malam supplier Eurocopter tanya bank mana nak bank-in duit nih?

Imam Hadhari pulak cuba berlawak bodoh dengan berkata "Ada orang Umno tanya saya, kenapa Pak Lah bagi jelapang, ambil senapang,". Jelapang yang dimaksudkan merujuk Kementerian Kewangan yang diumpamakan "jelapang duit", sementara senapang merujuk Kementerian Pertahanan, lapor Bernama

Sepatutnya Abdullah berkata "Dulu masa kat Kem Kewangan boleh dpt komisen RM200juta sebab tolong approve Najib nak beli kapal selam Scorpene, sekarang saya jadi Menteri Pertahanan, saya pulak yang boleh bagi Najib komisen beli senapang ker, kapal selam ke....

Itulah perangai dan wajah sebenar 2 pemimpin "agung" UMNO masakini. Duit rakyat keluar masuk akaun dan poket mereka. Suka-suka mereka tukar-tukar post Menteri, dan paling tidak bertanggungjawab Imam Besar Hadhari ini "lari dari medan perang" apabila menyerahkan Kementerian Kewangan kepada "TPM Raja Skandal " sebelum Belanjawan / Bajet 2009 dibahaskan di Parlimen. Sungguh memalukan seluruh rakyat Malaysia... jadi bahan ketawa seluruh dunia Malaysiaku ini...

Raja Skandal ini pula tidak segan silu dengan berlawak bodoh di hadapan staf Kementerian Kewangan, mungkin Najib fikir semua staf Kem. Kewangan ahli/penyokong/pengundi UMNO/BN agaknya. Hakikatnya, ramai dan mungkin lebih 50% yang meluat dengan skandal-skandal yang dikaitkan dengannya dan terlalu banyak persoalan-persoalan rakyat yang masih belum dijawab oleh Najib...

Bak kata pepatah Melayu, bagai kera mendapat bunga. Tapi dalam kes ini, seperti kera memberi bunga kepada monyet, DUA-DUA SAMA SAHAJA!


dari:
antiumnoantinajib
Desa Serdang

DULU: SKANDAL ALTANTUYA, KINI: EUROCOPTER, SELAMANYA SKANDAL BERAT...

Inilah wajah sebenar pemimpin UMNO. Najib Razak mencatat sejarah sebagai "bakal" Perdana Menteri paling banyak skandal dalam sejarah kewujudan UMNO itu sendiri.

Belum pun bersih dari dakwaan skandal kapal selam Scorpene dan jet pejuang Sukhoi yang menghabiskan berbilion duit rakyat, kemudian dikaitkan pula dalam kes yang menggemparkan satu Malaya, iaitu kes pembunuhan model dari Mongolia, Altantuya anak Sharibuu, kini Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu menghadapi satu lagi kes pembaziran wang rakyat dalam pembelian helikopeter Eurocopter oleh Kementerian Pertahanan.

Skandal Eurocopter ini telah didedahkan oleh Pengerusi Mentari Services Sdn Bhd, Kapten (B) dato' Zahar Hashim yang mendakwa sebanyak 1.419 bilion Ringgit boleh dijimatkan sekiranya Kerajaan dibawah Kementerian Pertahanan membeli helikopter KAZAN MI 172-KF yang dikatakan cukup untuk memenuhi spesifikasi Angkatan Tentera Malaysia.

Rakyat melihat dakwaan ini bukanlah dibuat oleh orang kampung atau mereka yang tiada asas pengetahuan tentang ketenteraan, Dato' Zahar Hashim adalah seorang bekas Kapten yang pastinya tahu selok belok dan spesifikasi peralatan ketenteraan, jika tidak semua pun pasti lebih baik pengetahuan dan ilmunya dari Najib itu sendiri.

1 410 000 000 bukan lah suatu angka yang sedikit, ia mampu digunakan membina ribuan rumah kos sederhana rendah berharga RM 50,000 sebuah, boleh digunakan membantu puluhan ribu rakyat berpendapatan rendah dan macam-macam lagi keperluan rakyat dapat dipenuhi.

Manusia beernama Najib ini memang tidak patut dibenarkan memerintah Malaysia. Skandal pembabitannya dalam kes Altantuya cukup senang dibersihkan, hanya menafikan dengan cara bersumpah semasa tempoh kempen di pilihanraya kecil Permatang Pauh!

Kes Akuan Bersumpah P Balasubramaniam senyap begitu sahaja selepas Bala menarik balik Akuan Bersumpah yang mendakwa Najib bukan sahaja mengenali Altantuya, malah pernah MENGADAKAN HUBUNGAN SEKS atau dengan kata lain BERZINA dengan Altantuya!

Altantuya juga dikatakan sanggup untuk mengadakan hubungan seks luar tabii dengan Najib. Astaghfirullah! Sepatutnya Jabatan Agama Islam, Badan Pencegah Rasuah dan Polis yang biasanya super pantas dalam mengambil tindakan terhadap para pemimpin Pakatan Rakyat apabila mendapat laporan polis dsb, menyiasat dan menahan reman si Najib ini. Sebaliknya, individu yang mendedahkan isu ini, antaranya pengendali laman Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) pula yang ditahan ISA dan didakwa dibawah Akta Hasutan.

Entah apa akan jadi jika Najib memerintah Malaysia agaknya... adakah dilanda Tsunami, ribut taufan atau gempa bumi ? Nauzubillahi min dzalik, minta dijauhkan sama sekali.

Para pimpinan Pakatan Rakyat digesa mempercepatkan proses peralihan kuasa BN kepada PAKATAN untuk mengelakkan Najib menjadi PM... ini sahaja kaedah yang terbaik.

Semoga Allah SELAMATKAN MALAYSIA DARI SEBARANG BALA BENCANA.

AMIIN.

Salam Re-for-ma-si!!

Friday, October 17, 2008

Pengkhianat-pengkhianat ini jadi apa sekarang??

Rakyat Malaysia terutamanya pejuang-pejuang Reformasi pasti mengingati nama-nama seperti Ruslan Kassim, Abdul Ghani Haroon, Lokman Nor Adam dan yang mungkin "paling glamer" pastinya Ezam Mohd Noor.

Malangnya mereka ini hanya akan dikenang sebagai pengkhianat rakyat, lari dari medan perang, mata duitan dan mungkin juga mereka yang hilang pedoman.

Ezam umpamanya, merupakan antara "pioneer" dalam penubuhan Parti Keadilan Nasional pada 1999, pernah ditahan dibawah Akta Zalim ISA dan dipenjara di Penjara Kajang, akhirnya tunduk kepada habuan keduniaan. Beliau sewaktu menjawat jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, dilihat begitu tegas, berani mencabar sesiapa sahaja dalam ceramahnya dan tidak kurang dilabel sebagai "jelmaan Anwar", malah sesiapa yang mendengar ceramahnya pasti akan mengatakan "sengaunya pun serupa macam Anwar!". Tapi kini, setelah menyerahkan borang penyertaan semula kedalam UMNO, Ezam dikecam hebat rakyat Malaysia terutama para penyokong reformasi. Malah semasa hari penamaan calon PRK Permatang Pauh, diberitakan Ezam telah dibaling dengan botol air mineral! Padan dengan penghidap penyakit KKS ini... Hishamudin Rais, rakan sebilik Ezam di Kamunting yang menggelarkan Ezam berpenyakit KKS....Kurang Kasih Sayang...

Ruslan Kassim juga dikenali sebagai orang kuat Anwar sejak dari dalam UMNO lagi. Anak Nogori ini terkenal dengan slogannya "CAKAP TAK SERUPA BIKIN, BIKIN TAK SERUPA CAKAP, CAKAP TAPI TAK BIKIN-BIKIN, BIKIN TAPI TAK CAKAP-CAKAP, CAKAP PUN TIDAK, BIKIN PUN TIDAK" yang ditujukan kepada pimpinan UMNO era Mahathir.
Rupa-rupanya, dirinya sendiri yang terkena. Entah kemana manusia pengkhianat ini agaknya... kembali menjual Shakleenya atau bisnes apa yang UMNO berikan kepadanya...

Ghani Haroon dan Lokman Nor Adam mungkin tidak se'glamour" Ezam dan Ruslan sewaktu dalam Angkatan Muda / Pemuda Keadilan dahulu... tapi tetap menjadi sanjungan para penyokong reformasi. Akhirnya, mereka ini juga tidak diketahui dimana... bisnes apa yang mereka dapat dari pimpinan UMNO. Maruah sudah tergadai, penyokong sudah tak ramai....

Apa-apa sekalipun, mereka ini sudah tidak penting bagi para reformis, pejuang keadilan, apatah lagi penyokong dan pimpinan Pakatan Rakyat. Kini kita sudah ada misi dan visi baru, tanpa mereka kita lebih kuat dan bertenaga, mara lebih jauh dan bersemangat, kita kini ada 5 negeri untuk diuruskan, malah bakal ada NEGARA untuk ditadbir!

Teruskan perjuangan !

Nukilan:
Reformis Serdang Raya

Monday, October 13, 2008

kudakepang: NAJIB AKAN JADI BONEKA MAHATHIR?

kudakepang: NAJIB AKAN JADI BONEKA MAHATHIR?

Ini bakal PM Malaysia rupanya!!

Penyalahgunaan kuasa oleh Timbalan Perdana Menteri

Teks SMS berikut adalah diantara YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dengan Dato’ Shafee Abdullah, seorang peguam yang pada mulanya mewakili Abdul Razak Baginda, yang kini didakwa bersubahat dalam pembunuhan seorang wanita Mongolia, Altantuya Sharibuu.
Walaupun ianya tidak dapat menjawab persoalan-persoalan yang mengaitkan perhubungan diantara najib dan Altantuya, teks SMS ini menunjukkan dengan jelas tentang penglibatan Najib sejak peringkat awal kes ini. Mesej ini menunjukkan kesediaan Najib untuk menghubungi Pejabat Peguam Negara dan Ketua Polis Negara mengenai kes ini, sesuatu yang menunjukkan penyalahgunaan kuasa.
Apa yang memeranjatkan ialah peguam Shafee terus bertanya kepada Najib tentang maklumat mengenai campurtangan politik yang mempengaruhi kes ini.
Bukti ini diperkuatkan dengan satu mesej Najib kepada Shafee pada 16 November 2006:”"Pls do not say anything to the press today. i will explain later. RB will have to face a tentative charge but all is not lost.”
Mesej ini menimbulkan banyak tandatanya tentang peranan Najib dalam kes ini. Mengapa Najib bercakap tentang ‘tentative charges’ dan ‘all is not lost’? Bagaimana Najib mengetahui perkara ini, sebelum Razak Bginda didakwa? Apakah ada perjanjian bahawa Razak Baginda akan dibebaskan? Ini adalah persoalan penting yang akan memberi kesan terhadap kes ini.
Teks SMS ini telah dibuat melalui handphone Najib yang bernombor 012-2143177 dan handphone Shafee yang bernombor 012-3257052.
Mereka yang mahu melihat kebenaran perlu mencabar Najib dan Shafee untuk menafikan perhubungan telefon ini benar-benar berlaku atau tidak. Ada kemungkinan, rekod SMs ini masih lagi terdapat disyarikat telefon tersebut.
Kebenaran masih lagi tersembunyi. Mereka yang tahu apa yang sebenarnya berlaku mengharapkan kebenaran ini akan dikuburkan bersama Altantuya. Tetapi…kebenaran sering menjelma dalam keadaan yang tak disangka-sangka dan jatuh ketangan mereka yang mencari kebenaran…kadang-kadang dalam keadaan yang penuh misteri.
Teks SMS ini bermula dengan..
Wednesday 8/11/2006
Najib to Shafee (S2N) Date: 8/11/2006 02:59:31
–> Dato Seri, The Razak Baginda thing is troubling me.Can I help? Salam, Shafee
Najib to Shafee (N2S) Date: 8/11/2006 03:45:05
–> I will speak with u later tonight.
S2N Date: 8/11/2006 03:45:31
–> Thank you
S2N Date: 8/11/2006 06:28:56
–> Met the investigating officer today.Position is serious for RB.The 3 are highly implicated.RB’s case can be fought.There are redeeming features for him.But we need to meet Dato Seri as there are other looming issues at large.But not to worry. Salam > Shafee
N2S Date: 8/11/2006 21:06:11
–> I have spoken to IGP. U can represent n meet RB in court.
Thursday 9/11/2006
N2S Date: 9/11/2006 12:45:30
–> If RB’s remand is upto Sunday, does it mean that he has to be charged by Fri or be released? i hope it is looking better for him.
S2N Date: 9/11/2006 13:11:23
–> 3 things can happen.Firstly, they can ask for more time for detention.We will resist.Second,they have to release him by Friday or thirdly charge him by Friday.Police took him to his office for document search.Nothing incriminating found.Now they are recording stmt from him.Later search in house.Under control so far Dato Seri. Salam, shafee
S2N Date: 9/11/2006 14:09:03
–> Dato Seri, Re RB need to meet up with you today. shafee
N2S Date: 9/11/2006 14:17:47
–> 630 pm at my house in PJaya this evening.
S2N Date: 9/11/2006 14:18:21
–> Thank you
Friday 10/11/2006
N2S Date: 10/11/2006 15:14:31
–> Any news about RB ?
S2N Date: 10/11/2006 15:19:40
–> Dato Seri, Negotiating for conditional release.If not police need 2 or 3 more days extention.I suspect its an exercise in public relation as they do not want public to think a VIP was given an easier time.Being a vip under these conditions is a liability.Otherwise we are on track according to plan. Salam, Shafee
N2S Date: 10/11/2006 15:27:01
–> Thanks, he is very stressful according to his wife n would be a huge help if he could get a conditional release latest by sun.
N2S Date: 10/11/2006 21:35:52
–> Saw the news on tv. RB was sent for DNA. Not sure it was neccessary.
S2N Date: 10/11/2006 21:40:19
–> Unnessasary.But I think its on his lung infection.He has just been sent again to HUKM.Will know more later from inside contacts.
Saturday 11/11/2006
S2N Date: 11/11/2006 03:17:56
–> Dato Seri, I was at ghkl ccu 4th floor.RB was admitted due to lung infection:mild pneumonia and asthmatic.This was the pain he was suffering in the chest and unexplained coughing for months.He is under an able physician Dato Dr Jeyaindran Sinnadurai(head of Dept of Medicine)Its good he is resting there than in the lockup.Dna was done to eliminate that he was at scene of crime(paternity can be ruled out as well).Need to see Dato Seri on some concerns. Salam. Shafee
N2S Date: 11/11/2006 08:54:17
–> ANy chance of a release by sun ?
S2N Date: 11/11/2006 08:58:14
–> Police should release him by then except that I think the police is disturbeb by Media and public pressure.Other factors need be coomunicated to Dato Seri in person. Investigation wise we are on track for release.
S2N Date: 11/11/2006 09:26:52
–> It is clear that the Police will ask for extention t’row.I will resist strongly in view of the fact that the last few days investigation on RB have completed investigations that require RB’s presence in custody.Secondly, from yesterday the Police has done nothing much with him except to do the dna.Thirdly, I am concerned with the Police carelessness yesterday in allowing the 3 other suspects to be freely mixing and therefore tainting their subsequent stmnts as they could be ‘group coached’.But it also show Police no longer need to isolate the suspects.Even RB was handcuffed to the C/I. Salam . Shafee
N2S Date: 11/11/2006 11:46:48
–> I Can see u today at my Taman duta hse at 6 pm.
S2N Date: 11/11/2006 11:59:08
–> OK Dato Seri.Insyaallah I will be there.
Sunday 12/11/2006
S2N Date: 12/11/2006 13:53:41
–> 2 days extention to Tuesday.They must release him by then maybe conditionally.Police asked for full 14days.He has message.
S2N Date: 12/11/2006 14:06:23
–> Will give Dato Seri in a while
S2N Date: 12/11/2006 15:10:17
–> 0320949418
Monday 13/11/2006
S2N Date: 13/11/2006 15:53:36
–> Am in his office now.Another search. AG will be unwilling to charge and lose a case yet again.It is agood idea to suggest to AG to hood on and let investigtion proceed with Razak Released on Bond.
N2S Tel: 60122143177 Date: 13/11/2006 16:23:29
–> How was the search ?
S2N Date: 13/11/2006 16:25:56
–> We provided them everything,including old pda and note books and a couple of bills.Nothing incriminating.
Wednesday 15/11/2006
S2N Date: 15/11/2006 13:21:32
–> Things going as expected.2 male officer charged for murder in common intention.Razak’s name not in. Lady officer released but rearrested under Emergency Ordinance to be used as Crown witness(exactly as predicted). I am expecting RB to be released on Bond.4 of my lawyers are watching brief the proceedings in the murder case.Rb matter prob t’row. Pl call. Shafee Ps coming back now from Taipei.
N2S Date: 15/11/2006 23:31:09
–> So hopefully he will be released tmrw?
S2N Date: 15/11/2006 23:34:38
–> Dato Seri, I am driving up from S’pore ,no more flight to KL tonight.Hope for th best.Any indication? Shafee
N2S Date: 15/11/2006 23:36:52
–> Not heard anything untoward yet.
Thursday 16/11/2006
S2N Date: 16/11/2006 10:52:43
–> Anything Dato Seri? I am already in Court.
N2S Date: 16/11/2006 10:53:50
–> Pls do not say anything to the press today. i will explain later. RB will have to face a tentative charge but all is not lost.
S2N Date: 16/11/2006 10:54:30
–> OK, TQ
Friday 17/11/2006
S2N Date: 17/11/2006 10:50:30
–> Dato Seri, Its important you speak toYusoff Zainal Abidin as he knows the law a lot better in the Chambers.I am confident he is concerned with the negligible evidence agst Razak.The Raja Mahani and Tengku Ariston cases ought to be the guiding critera for AG.They cannot afford another scandallous loss by the Prosecution as in Norita, Ariston,Dato Balwant etc.
N2S Date: 17/11/2006 11:39:46
–> OK will try. Meanwhile try to console the wife. She is hysterical.
S2N Date: 17/11/2006 11:41:29
–> I know Dato Seri.I will do everything I can.Salam, Shafee
S2N Date: 17/11/2006 12:57:49
–> Dato Seri, Razak has not been sent to Hospital.He is clearly not well.He is refusing to take Prison’s medicine for fear of sabourtage.The chief Physician of GHKL Dato Dr Jaya Sinnadurai is shocked that they have not brought Razak back to GHKL.I have spoken to Haji Darussalam,Sg Buloh’s Prison Director.Can You sound this to Dato Radzi Shek Ahmad?Need to see you of s’thing that I think had happened that led to her death.Utterly shocking if I am right. Shafee
S2N Date: 17/11/2006 15:45:34
–> Dato Seri, I am at Sg Buloh Prison.I have organised Razak to be in HUKL,He is on his way there now. The Pengarah Hj Darussallam and deputy Supt Gunasegaran very helpful. Shafee
N2S Date: 17/11/2006 21:27:02
–> My regards to him. He Is always in my thought.
S2N Date: 17/11/2006 21:34:44
–> Will tell him
Sunday 19/11/2006
S2N Date: 19/11/2006 16:25:08
–> Dato Seri, I need Dsp Musa ,your ADc to call me to clarify a point.He is not answering Shafee
Monday 20/11/2006
S2N Date: 20/11/2006 13:02:33
–> Any developement Dato Seri? Shafee
N2S Date: 20/11/2006 14:30:20
–> Not yet.
S2N Date: 20/11/2006 14:30:38
–> Thank you
S2N Date: 20/11/2006 21:05:17
–> Dato Seri.Razak is being transfered to Sg. Buloh t’row.Can Dr. Jaya do anything?
N2S Date: 20/11/2006 23:04:50
–> When is he being transffered?
S2N Date: 20/11/2006 23:05:48
–> T’row
N2S Date: 20/11/2006 23:07:01
–> What time?
S2N Date: 20/11/2006 23:08:01
–> Probably late morning
Thursday 23/11/2006
N2S Tel: 60122143177 Date: 23/11/2006 13:46:51
–> Your message read” Najib released on personal bond!”.
S2N Date: 23/11/2006 13:50:00
–> Razak released on Bail of 1 million. On personal bond undertaking. Shafee?I am terribly sorry for that mistake.Whole night tak tidur preparing. My profuse apologies Sir. salam. shafee
N2S Date: 23/11/2006 14:00:25
–> ALhamdullillah , at least he is on bail.Big relief for him n family.
S2N Date: 23/11/2006 14:02:02
–> Dato, I need to brief you urgently b4 you speak to him.Shafee
N2S Date: 23/11/2006 14:12:32
–> OK but not intending to speak to him as yet.
Saturday 2/12/2006
S2N Date: 2/12/2006 18:59:15
–> Dato Seri, Got some info that are troubling.Quite serious.Are you in Taman Duta?Can we meet? Salam, Shafee
Anda mempunyai maklumat? The truth is still out there!
Artikel asal di Malaysia Today,

Duit bertaburan di seluruh negara

Umum mengetahui, United Malays National Organization, UMNO @ Arm NO sedang sibuk mengadakan pemilihan peringkat bahagian masing-masing. Pemilihan ini antara lain akan mencalonkan bakal Presiden mereka.

Namun dalam kesibukan ini, mungkin ramai yang tidak sedar rasuah yang berleluasa sedang berlaku di semua 191 bahagian seluruh negara. Saya yakin dan percaya tidak ada satu bahagian pun yang tidak dicemari rasuah (bahasa orang Arm No "politik wang"). Fenomena ini sebenarnya telah berlaku sejak sekian lama akibat sikap tamakkan kuasa para pemimpin Arm No itu sendiri.

Angkatan Muda Keadilan Serdang sendiri mendapat makluman dari salah seorang ahlinya, dimana beliau dimaklumkan oleh rakan sekerjanya yang merupakan penyokong PAKATAN, namun "berlakon" menjadi UMNO di kampungnya, tambahan pula bapanya merupakan seorang Ketua Cawangan (baru dipilih dalam pemilihan cawangannya baru-baru ini). Beliau sendiri ditawarkan ratusan ringgit hanya untuk memilih Ketua Pemuda Bahagian. Ini kerana beliau sendiri telah terpilih sebagai salah seorang perwakilan dari cawangan untuk ke pemilihan Bahagian.

Walaupun senario ini bakal ditafsirkan oleh para pemimpin Arm No sebagai kes terpencil atau "hear-say", namun AMK Serdang menggesa Badan Pencegah Rasuah mengambil inisiatif memantau proses pemilihan di seluruh negara. Jangan pula nanti dikatakan ini adalah hal "rumah tangga " Arm NO, seperti yang berlaku dalam kes Ketua Arm NO Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail dimana Ahmad tidak langsung disentuh oleh mana-mana akta, jauh sekali Akta zalim ISA walaupun jelas menyaksikan beliau mengeluarkan kenyataan berbentuk perkauman. Lebih menyedihkan, wartawan yang melaporkan berita tersebut pula yang ditahan dibawah ISA kononnya "menjaga keselamatan" wartawan tersebut.

AMK Serdang juga mencabar mana-mana ahli Arm NO yang ada menerima tawaran (atau telahpun menerima wang ringgit!) agar membuat laporan kepada BPR. AMK Serdang berpendapat Arm NO kini memang telah hampir ke saat-saat sakaratul maut apabila melihat gejala rasuah jelas tidak dapat dibendung lagi akibat "permainan kotor" pemimpin mereka sendiri yang sebenarnya telah diamalkan sejak puluhan tahun yang lalu.

Justeru, AMK Serdang mengajak ahli-ahli Arm NO yang masih ada kesedaran agar segera beralih kepada mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat, tidak kira PKR ataupun PAS. Ini bagi menyelamatkan negara Malaysia dan umat Islam dari terus dipalit dengan dosa rasuah yang kian parah dalam Arm NO.

Sekian.

Re-for-ma-si!!

Friday, October 10, 2008

Pastikan Najib tidak jadi PM Malaysia!

AMK Serdang menyeru seluruh rakyat Malaysia umumnya dan pimpinan Pakatan Rakyat bertindak segera dalam memastikan Najib Razak tidak menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-6. Saranan ini juga selaras dengan peralihan kuasa dari BN kepada Pakatan Rakyat yang diusahakan oleh Ketua Umum PKR dan Pemimpin Agung Reformasi, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta para pimpinan Pakatan Rakyat.

Sehubungan dengan itu, AMK Serdang ingin menyeru dan merayu kepada pimpinan Pakatan Rakyat merealisasikan hasrat ini dengan memastikan Kerajaan BN tumbang sebelum Mac 2008, iaitu tarikh yang diwar-warkan sebagai peralihan kuasa daripada Abdullah Badawi kepada Najib Razak.

Najib, diketahui umum dengan moral yang begitu rendah, terlibat dalam pelbagai penyelewangan wang rakyat seperti skandal komisen kapal selam dan jet pejuang dan dikaitkan juga dengan kes pembunuhan wanita Mongolia (walaupun dinafikan dengan sumpah di Permatang Pauh sahaja!). Dengan skandal-skandal memalukan ini, rakyat Malaysia pasti akan dipandang hina dimata negara lain kerana berPM kan manusia seperti Najib.

Atas kesedaran ini, AMK Serdang sekali lagi merayu kepada pimpinan Pakatan Rakyat agar menyegerakan peralihan kuasa daripada kerajaan BN kepada kerajaan baru Pakatan Rakyat.

AMK Serdang akan menggerakkan jentera menuju sasaran dan objektif ini dalam bersama-sama Menuju Malaysia Baru!!

Reformasi!

AMK Serdang gesa Kerajaan turunkan segera harga minyak

AMK Serdang hari ini ingin menggesa Kerajaan pimpinan Arm NO dan be End sepaya menurunkan segera harga runcit petrol dan diesel. Harga runcit petrol telah dinaikkan secara mendadak dari RM1.92 seliter kepada Rm 2.70 seliter pada Jun 2008 sebelum diturunkan sebanyak 15 sen pada 23 Ogos 2008 akibat deskan seluruh rakyat Malaysia dan juga desakan keras Pakatan Rakyat. Harga minyak diturunkan lagi walaupun sekadar 10 sen baru-baru ini. namun demikian, "duit raya sekupang" tersebut belum mampu mengurangkan penderitaan rakyat Malaysia yang bukan sahaja terpaksa menampung kenaikan harga minyak tersebut, malah kesan berantai akibat kenaikan harga minyak seperti kenaikan harga beras, minyak masak, tepung, susu bayi, gula garam dan barang-barang keperluan harian yang lain. Malah ketika musim raya baru-baru ini, harga lemang di Kelantan pun sudah mencecah RM 5 sebatang berbanding RM 3 pada tahun lepas!!

Perebutan "harta perang" para pemimpin UMNO dalam pemilihan parti mereka tidak seharusnya menenggelamkan kesengsaraan rakyat yang kian hari kian parah. Persetankan Abdullah Badawi yang akhirnya diterajang oleh ahli partinya sendiri, mencatat sejarah sebagai Presiden UMNO paling lemah dan memalukan, biarkan si Najib Mongolia dengan angan-angan baru menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO, rakyat marhaen akan terus meratap pilu melihat poket mereka yang semakin tipis.

Apa yang rakyat mahu, HARGA MINYAK MESTI DITURUNKAN SEGERA!!
Harga barang sudah pasti tidak terus turun mendadak akibat tangan-tangan "haram" yang tidak tahu dan tidak mahu mengerti penderitaan rakyat, tetapi sekurang-kurangnya, harga minyak sekitar RM 1.60-1.70 seliter pasti mampu membuatkan kita menguntum senyuman lega.

Kedudukan UMNO dan BN yang kian "lemas" seharusnya diambil kesempatan oleh Pakatan Rakyat. Benamkan terus mereka dan jangan diberi peluang langsung. Pimpinan Pakatan Rakyat harus menunjukkan kepada rakyat Malaysia SEKARANG bahawa mereka adalah Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan bakal Menteri Kabinet kerajaan Malaysia! Ketepikan isu-isu remeh dan merugikan rakyat dan Pakatan Rakyat.

Rakyat sudah tidak sabar menyaksikan Buletin Utama TV3 yang bebas, muka hadapan Utusan Malaysia yang telus, tahanan ISA dibebaskan, SPR dibersihkan, Solat Hajat dan Ceramah Perdana di Dataran Putra, Putrajaya, dan yang paling penting, harga minyak petrol sekitar RM 1.50-1.60 seliter.

Akhir kata, AMK Serdang akan terus bersama-sama pimpinan PKR dan Pakatan Rakyat mendepani arus dan cabaran Menuju Malaysia Baru tidak berapa lama lagi!

Reformasi!!

Thursday, October 9, 2008

AMK Serdang - Aktiviti 2008

video

JAWATANKUASA AMK SERDANG 2008-2010

Mesyuarat Penubuhan AMK Serdang telah diadakan pada 24hb September 2008. Musyuarat yang turut dihadiri 3 orang wakil AMK Negeri Selangor iaitu Ketua AMK Selangor, Sdr Khairul Anuar Ahmad Zainuddin @ Jonah, Ketua Penerangan AMK Selangor, Sdr Mazli Saring dan Exco-exco AMK Selangor, Sdr Faizal Baharudin serta Sdr Hazif yang juga Ketua AMK Sepang.

Berikut adalah senarai nama Jawatankuasa yang dipilih oleh ahli-ahli AMK Serdang :-

Pengerusi Tetap : Sdr Adrol Izhan b Ahmad Mokhti
[H/p: 017-264 3989]

Timb. Pengerusi Tetap : Sdr Hanif b Lokmanal Hakim
[H/p: 013-690 6824, Email: haniflokman@gmail.com]

Ketua : Sdr Ahmad Farid b Ismail
[H/p: 019-747 9407, Email: farid_5335@yahoo.com]

Timb. Ketua : Sdr Zuhair b Hasan
[H/p: 012-770 2244, Email: irzuhair@engineer.com, Blog: http://zuhairhasan.blogspot.com/]


Naib Ketua I : Sdr Wan Muhd Nasrul Hadi b Wan Aziz
[H/p: 019-668 6232, Email: nasrulhadi28@yahoo.com]

Naib Ketua II : Sdr Abd Jalil b Mohd Tahir
[H/p: 012-208 9796]


Naib Ketua III : Sdr C. Aravinthan @ Vinthan
[H/p: 016-311 8312, Email: h_vinthan@yahoo.com]


Setiausaha : Sdr Fahrul Nadzrim b Noor Adzman
[H/p: 012-686 6144, Email: fahrul_nadzrim@yahoo.com]



Ahli-Ahli Jawatankuasa: -

1) Sdr Mohd Fyrdous b Hamdan [H/p: 012-345 3408, Email: xtremehold@gmail.com]
2) Sdr Anuar b Ali
3) Sdr Nurul Hisyam [H/p: 012-380 6515, Email: isliea@yahoo.com.my]
4) Sdr Mohd Shahrizal b Azlan [H/p: 016-656 9314]
5) Sdr Salahudin b Shafie [H/p: 017-319 0057, Email: din.power@yahoo.com]
6) Sdr Mohd Rizal Haron
7) Sdr Ryo Eng Lian Hu [H/p: 017-210 0905, Email: ]
8) Sdr Gobinathan A/L Jeganathan
9) Sdr Krishna A/L Krishna Kumar
10) Sdr Jegan
11) Sdr V.Vadivallagan
12) Sdri Rajeswary
13) Sdri Sridayah bt Moajir [H/p: 017-265 3643]
14) TBA
15) TBA
16) Akan dilantik
17) Akan dilantik
18) Akan dilantik

AMK Serdang bersama Menuju Malaysia Baru

Assalamualaikum,

Angkatan Muda Keadilan Serdang telah ditubuhkan secara rasminya pada 24hb September 2008. AMK Serdang akan bersama-sama Angkatan Muda Keadilan Negeri Selangor dan Pusat menyahut aspirasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan Malaysia yang baru dalam masa terdekat.

Angkatan Muda Keadilan Serdang akan bertindak sebagai "watch dog" atau dengan kata lainnya mata dan telinga rakyat dalam membantu Kerajaan Negeri Selangor mentadbir negeri dengan amanah, jujur, bersih, telus dan pragmatik.

Selari dengan kepesatan teknologi dan perang siber dewasa ini, AMK Serdang memalui blog ini akan turut sama menyerlahkan pendapat, mengeluarkan kenyataan dan menyatakan pendirian kami dalam isu-isu nasional mahupun setempat.

Akhir kata, AMK Serdang mengalu-alukan segala cadangan, pendapat dan komen membina dari pengunjung blog kami ini.

"Menuju Agenda Malaysia Baru"

Reformasi!