Friday, January 30, 2009

Nik Aziz ibaratkan Umno pokok hampir mati

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan perkembangan dalam Umno sekarang menunjukkan parti itu hilang daya tarikan sehingga ada pemimpinnya yang berpaling tadah.
Kata beliau, kalau diibaratkan sebatang pokok, Umno kini sebuah parti yang hampir mati dan akan gugur sendiri dahannya satu persatu sebelum menjadi pokok mati.
“Umno kini tiada daya tarikan atau ‘graviti’ untuk menarik rakyat menyokong perjuangannya dan ini menyebabkan ramai ahli dan pemimpinnya mula berpaling tadah menyertai parti pembangkang, terutama PAS,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Exco Kerajaan Negeri Datuk Anuar Tan di sini hari ini.
Menteri Besar Kelantan itu berkata apa yang sedang berlaku dalam Umno merupakan perkembangan yang baik bagi Pakatan Rakyat, khasnya PAS, yang sedang berusaha menarik sokongan rakyat terhadap perjuangan yang akan membawa perubahan kepada mereka.
Ditanya mengenai cadangan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail supaya sayap Umno dibubarkan bagi mengelak politik wang dalam parti itu, Nik Aziz berkata, itu adalah masalah dalaman Umno.
“Ia terjadi dengan sendiri apabila pemimpinnya tidak mengamalkan dasar yang betul.
“Inilah juga punca yang menyebabkan Umno diibaratkan parti yang hilang graviti untuk menarik rakyat menyokong perjuangannya,” katanya.

http://www.bernama.com

Dollah senyum, Najib dipaksa ganti Tajol, Umno Perak makin tenat

Perletakkan jawatan Tajol Rosli sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak menimbulkan beberapa tanda tanya. Pagi semalam, semua media milik BN telah menyiarkan isu perletakkan jawatan beliau, namun lewat petang semalam Tajol seolah-olah menafikan perkara berkenaan.
Paling mengejutkan, selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno (MT) semalam, Dollah mengumumkan bahawa Najib dilantik bagi memangku jawatan Pengerusi Umno Perak dan Timbalanya adalah Zahid Hamidi.
Perkara ini menimbulkan beberapa polemik dimana Tajol seolah-olah dipaksa untuk meletakan jawatan ekoran dari kekalahan teruk Umno-BN pada Pilihanraya Umum lalu dan juga pengumuman ADUN Bota, Nasaruddin Hashim yang menyertai Keadilan.
Selain itu, pergolakkan dalam Umno Perak diperingkat Bahagian juga dilihat sebagi punca penyingkiran Tajol Rosli yang dilihat sudah terlalu usang dalam organisasi Umno Perak.
Umno Perak adalah antara organisasi Umno yang paling tenat dinegara ini sejak Mac tahun lalu.
Peningkatan sokongan rakyat di perak menakutkan Umno dan berita-berita bahawa beberapa ADUN serta Ahli Parlimen akan menyertai Pakatan juga mengusarkan mereka.
Justeru itu, Najib yang bakal dilantik menjadi Presiden Umno diarah (terpaksa) untuk menyelesaikan kemelut dalaman itu.
Anehnya kenapa Najib dilantik bagi memangku Jawatan itu? Beliau orang Pahang. Kenapa tidak dilantik dari kalangan orang Perak sendiri. Sewajarnya kerusi itu diberikan pada Zahid Hamidi yang juga orang Perak atau ahli Majlis Tertinggi Umno yang lain. Kenapa mesti Najib yang kini sudah terbeban dengan kekalahan pada dua Pilihanraya Kecil yang diterajuinya.
Permatang Pauh dan Kuala Terengganu sudah cukup memberikan gambaran akan kelemahan Najib sebagai pemimpin Umno.
Nampaknya Dollah Badawi sengaja meletakkan Najib ditempat-tempat yang kritikal bagi melemahkan nafsunya untuk menggulingkan Dollah pada bulan Mac nanti.
Tanggungjawab kecil tetapi berat ini pastinya akan menjadi bahan perlekehan di kem Dollah menjelang pemilihan Umno kelak.
Umno Perak yang semakin tenat, bakal mengharungi saat-saat kehancuran dibawah pengurusan Najib.
Maka inilah peluangnya untuk ahli-ahli Umno menilai percaturan politik yang dimainkan oleh pemimpin mereka. Terpulanglah samada mereka ingin terus setia membabi buta atau keluar untuk bersama Pakatan.
Sesungguhnya Pakatan di Perak semakin kuat begitu juga diseluruh negara. Umno-BN terkepung dalam kem sendiri. Tajol Rosli sudah undur diri, bermakna tidak lama lagi Umno Perak akan tinggal nama sahaja kerana sudah tiada anak-anak Perak yang ingin meneruskan perjuangannya.
http://dppwp.wordpress.com

Can Umno save itself from corruption?

by Fudzail

I have lost trust and hope in Umno top leaders as well as young leaders for a long time, as long as they are part of the sinking ship, they are the same. Period.The Edge Financial Daily saysCan Umno save itself from corruption?CAN Umno save itself from corruption? It is telling that Umno disciplinary board chairman Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail has called for all the party's wings - Wanita, Youth, Putera and Puteri - to be abolished in order to reduce corruption in the system.Such a radical message - from a party elder and custodian of its integrity - means that the rot has gone so deep that only the most drastic action can save the organisation from an ignoble fate.Indeed, it is relevant to ask today whether Umno can salvage its reputation, or whether it is too late for that already.Harsh as that may sound, the question now reverberates through the public space, since all efforts to rid the party of corruption for over two decades have failed to cure it of the malaise.What has brought Umno, once the most formidable political force in the country, to its current crisis of credibility?The answer is simple - the system of checks and balances that can prevent people in power from abusing their positions to reward their supporters is not working.For Umno to stop corruption from spreading, it must open itself to scrutiny, so that people who are not able to benefit from their proximity to the seat of power can object when favours are granted by the powerful to their family members and friends.If Umno can rise to the challenge, perhaps there is hope for its political renaissance.If it cannot, it must live with the taint of money politics, as the scourge of corruption in its ranks has been euphemistically called, and deal with the consequences of its inertia.Today, the odour of corruption that envelops Umno cannot be masked by the failure of those who make such accusations to provide concrete evidence of the practice. It is well reported that Umno leaders themselves have been loudly complaining about vote-buying for the longest time.This has become standard fare whenever an Umno election looms, and reports of money politics on a mind-boggling scale have become an inseparable part of the political scenario. Who cannot recall the episode of a candidate for a division chief's post who spent RM6 million in 1995 on his campaign?In such a milieu, is it possible that Umno leaders at all levels are free of money politics?Further, with Umno's standing at such a low ebb, how can it hope to renew the Barisan Nasional after the mauling that the coalition received in the last election?Indeed, the current generation of Umno leaders deserve to apologise to the likes of Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Dr Ismail and Tun Hussein Onn, who laid the foundations of the nation's progress, for bringing the political situation to its current abyss.

Monday, October 20, 2008

Bila Si Kera bagi bunga kepada si monyet.... sama sahaja

Al kisah Abdullah Badawi pun menyerahkan secara rasmi tugas sebagai Menteri Kewangan kepada Najib Razak semalam. Melawaklah kononnya si Najib dalam menjawab soalan wartawan, katanya "Perbezaan antara jadi menteri pertahanan dan menteri kewangan ialah apabila menjadi menteri pertahanan, tengah malam dapat panggilan telefon pasal plane crash tapi jadi menteri kewangan, tengah malam dapat panggilan telefon pasal market crash."

Sepatutnya Najib berkata "Perbezaan antara Menteri Kewangan dengan Pertahanan ialah Kewangan lagi banyak duit daripada Kem. Pertahanan. Dan lagi, biasanya masa jadi Menteri Pertahanan tengah malam dapat call dari Razak Baginda kat mana nak dating dengan Altantuya, sekarang dapat call tengah malam supplier Eurocopter tanya bank mana nak bank-in duit nih?

Imam Hadhari pulak cuba berlawak bodoh dengan berkata "Ada orang Umno tanya saya, kenapa Pak Lah bagi jelapang, ambil senapang,". Jelapang yang dimaksudkan merujuk Kementerian Kewangan yang diumpamakan "jelapang duit", sementara senapang merujuk Kementerian Pertahanan, lapor Bernama

Sepatutnya Abdullah berkata "Dulu masa kat Kem Kewangan boleh dpt komisen RM200juta sebab tolong approve Najib nak beli kapal selam Scorpene, sekarang saya jadi Menteri Pertahanan, saya pulak yang boleh bagi Najib komisen beli senapang ker, kapal selam ke....

Itulah perangai dan wajah sebenar 2 pemimpin "agung" UMNO masakini. Duit rakyat keluar masuk akaun dan poket mereka. Suka-suka mereka tukar-tukar post Menteri, dan paling tidak bertanggungjawab Imam Besar Hadhari ini "lari dari medan perang" apabila menyerahkan Kementerian Kewangan kepada "TPM Raja Skandal " sebelum Belanjawan / Bajet 2009 dibahaskan di Parlimen. Sungguh memalukan seluruh rakyat Malaysia... jadi bahan ketawa seluruh dunia Malaysiaku ini...

Raja Skandal ini pula tidak segan silu dengan berlawak bodoh di hadapan staf Kementerian Kewangan, mungkin Najib fikir semua staf Kem. Kewangan ahli/penyokong/pengundi UMNO/BN agaknya. Hakikatnya, ramai dan mungkin lebih 50% yang meluat dengan skandal-skandal yang dikaitkan dengannya dan terlalu banyak persoalan-persoalan rakyat yang masih belum dijawab oleh Najib...

Bak kata pepatah Melayu, bagai kera mendapat bunga. Tapi dalam kes ini, seperti kera memberi bunga kepada monyet, DUA-DUA SAMA SAHAJA!


dari:
antiumnoantinajib
Desa Serdang

DULU: SKANDAL ALTANTUYA, KINI: EUROCOPTER, SELAMANYA SKANDAL BERAT...

Inilah wajah sebenar pemimpin UMNO. Najib Razak mencatat sejarah sebagai "bakal" Perdana Menteri paling banyak skandal dalam sejarah kewujudan UMNO itu sendiri.

Belum pun bersih dari dakwaan skandal kapal selam Scorpene dan jet pejuang Sukhoi yang menghabiskan berbilion duit rakyat, kemudian dikaitkan pula dalam kes yang menggemparkan satu Malaya, iaitu kes pembunuhan model dari Mongolia, Altantuya anak Sharibuu, kini Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu menghadapi satu lagi kes pembaziran wang rakyat dalam pembelian helikopeter Eurocopter oleh Kementerian Pertahanan.

Skandal Eurocopter ini telah didedahkan oleh Pengerusi Mentari Services Sdn Bhd, Kapten (B) dato' Zahar Hashim yang mendakwa sebanyak 1.419 bilion Ringgit boleh dijimatkan sekiranya Kerajaan dibawah Kementerian Pertahanan membeli helikopter KAZAN MI 172-KF yang dikatakan cukup untuk memenuhi spesifikasi Angkatan Tentera Malaysia.

Rakyat melihat dakwaan ini bukanlah dibuat oleh orang kampung atau mereka yang tiada asas pengetahuan tentang ketenteraan, Dato' Zahar Hashim adalah seorang bekas Kapten yang pastinya tahu selok belok dan spesifikasi peralatan ketenteraan, jika tidak semua pun pasti lebih baik pengetahuan dan ilmunya dari Najib itu sendiri.

1 410 000 000 bukan lah suatu angka yang sedikit, ia mampu digunakan membina ribuan rumah kos sederhana rendah berharga RM 50,000 sebuah, boleh digunakan membantu puluhan ribu rakyat berpendapatan rendah dan macam-macam lagi keperluan rakyat dapat dipenuhi.

Manusia beernama Najib ini memang tidak patut dibenarkan memerintah Malaysia. Skandal pembabitannya dalam kes Altantuya cukup senang dibersihkan, hanya menafikan dengan cara bersumpah semasa tempoh kempen di pilihanraya kecil Permatang Pauh!

Kes Akuan Bersumpah P Balasubramaniam senyap begitu sahaja selepas Bala menarik balik Akuan Bersumpah yang mendakwa Najib bukan sahaja mengenali Altantuya, malah pernah MENGADAKAN HUBUNGAN SEKS atau dengan kata lain BERZINA dengan Altantuya!

Altantuya juga dikatakan sanggup untuk mengadakan hubungan seks luar tabii dengan Najib. Astaghfirullah! Sepatutnya Jabatan Agama Islam, Badan Pencegah Rasuah dan Polis yang biasanya super pantas dalam mengambil tindakan terhadap para pemimpin Pakatan Rakyat apabila mendapat laporan polis dsb, menyiasat dan menahan reman si Najib ini. Sebaliknya, individu yang mendedahkan isu ini, antaranya pengendali laman Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) pula yang ditahan ISA dan didakwa dibawah Akta Hasutan.

Entah apa akan jadi jika Najib memerintah Malaysia agaknya... adakah dilanda Tsunami, ribut taufan atau gempa bumi ? Nauzubillahi min dzalik, minta dijauhkan sama sekali.

Para pimpinan Pakatan Rakyat digesa mempercepatkan proses peralihan kuasa BN kepada PAKATAN untuk mengelakkan Najib menjadi PM... ini sahaja kaedah yang terbaik.

Semoga Allah SELAMATKAN MALAYSIA DARI SEBARANG BALA BENCANA.

AMIIN.

Salam Re-for-ma-si!!

Friday, October 17, 2008

Pengkhianat-pengkhianat ini jadi apa sekarang??

Rakyat Malaysia terutamanya pejuang-pejuang Reformasi pasti mengingati nama-nama seperti Ruslan Kassim, Abdul Ghani Haroon, Lokman Nor Adam dan yang mungkin "paling glamer" pastinya Ezam Mohd Noor.

Malangnya mereka ini hanya akan dikenang sebagai pengkhianat rakyat, lari dari medan perang, mata duitan dan mungkin juga mereka yang hilang pedoman.

Ezam umpamanya, merupakan antara "pioneer" dalam penubuhan Parti Keadilan Nasional pada 1999, pernah ditahan dibawah Akta Zalim ISA dan dipenjara di Penjara Kajang, akhirnya tunduk kepada habuan keduniaan. Beliau sewaktu menjawat jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, dilihat begitu tegas, berani mencabar sesiapa sahaja dalam ceramahnya dan tidak kurang dilabel sebagai "jelmaan Anwar", malah sesiapa yang mendengar ceramahnya pasti akan mengatakan "sengaunya pun serupa macam Anwar!". Tapi kini, setelah menyerahkan borang penyertaan semula kedalam UMNO, Ezam dikecam hebat rakyat Malaysia terutama para penyokong reformasi. Malah semasa hari penamaan calon PRK Permatang Pauh, diberitakan Ezam telah dibaling dengan botol air mineral! Padan dengan penghidap penyakit KKS ini... Hishamudin Rais, rakan sebilik Ezam di Kamunting yang menggelarkan Ezam berpenyakit KKS....Kurang Kasih Sayang...

Ruslan Kassim juga dikenali sebagai orang kuat Anwar sejak dari dalam UMNO lagi. Anak Nogori ini terkenal dengan slogannya "CAKAP TAK SERUPA BIKIN, BIKIN TAK SERUPA CAKAP, CAKAP TAPI TAK BIKIN-BIKIN, BIKIN TAPI TAK CAKAP-CAKAP, CAKAP PUN TIDAK, BIKIN PUN TIDAK" yang ditujukan kepada pimpinan UMNO era Mahathir.
Rupa-rupanya, dirinya sendiri yang terkena. Entah kemana manusia pengkhianat ini agaknya... kembali menjual Shakleenya atau bisnes apa yang UMNO berikan kepadanya...

Ghani Haroon dan Lokman Nor Adam mungkin tidak se'glamour" Ezam dan Ruslan sewaktu dalam Angkatan Muda / Pemuda Keadilan dahulu... tapi tetap menjadi sanjungan para penyokong reformasi. Akhirnya, mereka ini juga tidak diketahui dimana... bisnes apa yang mereka dapat dari pimpinan UMNO. Maruah sudah tergadai, penyokong sudah tak ramai....

Apa-apa sekalipun, mereka ini sudah tidak penting bagi para reformis, pejuang keadilan, apatah lagi penyokong dan pimpinan Pakatan Rakyat. Kini kita sudah ada misi dan visi baru, tanpa mereka kita lebih kuat dan bertenaga, mara lebih jauh dan bersemangat, kita kini ada 5 negeri untuk diuruskan, malah bakal ada NEGARA untuk ditadbir!

Teruskan perjuangan !

Nukilan:
Reformis Serdang Raya