Umum mengetahui, United Malays National Organization, UMNO @ Arm NO sedang sibuk mengadakan pemilihan peringkat bahagian masing-masing. Pemilihan ini antara lain akan mencalonkan bakal Presiden mereka.
Namun dalam kesibukan ini, mungkin ramai yang tidak sedar rasuah yang berleluasa sedang berlaku di semua 191 bahagian seluruh negara. Saya yakin dan percaya tidak ada satu bahagian pun yang tidak dicemari rasuah (bahasa orang Arm No "politik wang"). Fenomena ini sebenarnya telah berlaku sejak sekian lama akibat sikap tamakkan kuasa para pemimpin Arm No itu sendiri.
Angkatan Muda Keadilan Serdang sendiri mendapat makluman dari salah seorang ahlinya, dimana beliau dimaklumkan oleh rakan sekerjanya yang merupakan penyokong PAKATAN, namun "berlakon" menjadi UMNO di kampungnya, tambahan pula bapanya merupakan seorang Ketua Cawangan (baru dipilih dalam pemilihan cawangannya baru-baru ini). Beliau sendiri ditawarkan ratusan ringgit hanya untuk memilih Ketua Pemuda Bahagian. Ini kerana beliau sendiri telah terpilih sebagai salah seorang perwakilan dari cawangan untuk ke pemilihan Bahagian.
Walaupun senario ini bakal ditafsirkan oleh para pemimpin Arm No sebagai kes terpencil atau "hear-say", namun AMK Serdang menggesa Badan Pencegah Rasuah mengambil inisiatif memantau proses pemilihan di seluruh negara. Jangan pula nanti dikatakan ini adalah hal "rumah tangga " Arm NO, seperti yang berlaku dalam kes Ketua Arm NO Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail dimana Ahmad tidak langsung disentuh oleh mana-mana akta, jauh sekali Akta zalim ISA walaupun jelas menyaksikan beliau mengeluarkan kenyataan berbentuk perkauman. Lebih menyedihkan, wartawan yang melaporkan berita tersebut pula yang ditahan dibawah ISA kononnya "menjaga keselamatan" wartawan tersebut.
AMK Serdang juga mencabar mana-mana ahli Arm NO yang ada menerima tawaran (atau telahpun menerima wang ringgit!) agar membuat laporan kepada BPR. AMK Serdang berpendapat Arm NO kini memang telah hampir ke saat-saat sakaratul maut apabila melihat gejala rasuah jelas tidak dapat dibendung lagi akibat "permainan kotor" pemimpin mereka sendiri yang sebenarnya telah diamalkan sejak puluhan tahun yang lalu.
Justeru, AMK Serdang mengajak ahli-ahli Arm NO yang masih ada kesedaran agar segera beralih kepada mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat, tidak kira PKR ataupun PAS. Ini bagi menyelamatkan negara Malaysia dan umat Islam dari terus dipalit dengan dosa rasuah yang kian parah dalam Arm NO.
Sekian.
Re-for-ma-si!!
Manfaat Buah Mangga Untuk Kesehatan dan Kecantikan
-
Buah mangga adalah buah yang memiliki rasa manis asam yang sangat nikmat.
Kulit buah ini biasanya berwarna hijau tua jika sudah matang, namun ada
beberapa ...
7 years ago
No comments:
Post a Comment