Monday, February 2, 2009

Najib tawar RM50 juta untuk beli ADUN PKR

Ketua Bahagian PKR Ipoh Barat, Fauzi muda hari ini mendedahkan tentang bagaimana Najib Razak pernah menawarkan RM50 juta kepadanya untuk membantu mendapatkan dua ADUN PKR melompat kedalam BN tahun lepas.
Walaupun mengakui beliau tidak mempunyai bukti kukuh untuk menyokong dakwaannya, beliau mencabar Najib untuk menafikan dakwaan beliau ini.
Perkara ini berlaku, tiga hari selepas pilihanraya yang meruntuhkan BN diPerak. Fauzi memberitahu, seorang rakan beliau, Suleiman Mansor, seorang ahli biasa Umno telah menjemput beliau ke kuala Lumpur pada 11 March 2008 di Plaza Toll Jalan Duta.
Walaubagaimanapun, Suleiman telah membawa Fauzi untuk berjumpa dengan tiga orang, termasuk Timbalan Menteri Pertahanan, Zainal Abidin Zain, diPlaza tol Jalan Duta.
“Selepas itu, saya dibawa berjumpa Najib dikediamanya diPutrajaya, dimana Najib telah memujuk beliau untuk mengusahakan supaya dua ADUN PR melompat kedalam BN. Saya telah dijanjikan RM50 juta untuk khidmat saya dan diberitahu bahawa saya diberikan kebebasan untuk memujuk mana-mana ADUN.” Kata Fauzi.
Walaubagaimanapun, Fauzi enggan memberikan salinan akuan bersumpah ataupun kenyataan media yang dibuatnya.
“Najib berjanji kepada sya sekiranya saya berjaya, perlantikan Menteri besar akan tertangguh. Walaubagaimanapun, saya meninggalkan kediamanya tanpa berjanji apa-apa kerana saya risaukan keselamatan saya.”
Beliau juga mendakwa, Suleiman telah menemuinya sekali lagi tahun lepas, selepas Jamaludin dan Osman ditahan dan didakwa atas tuduhan rasuah.
“Saya diberitahu, sekiranya saya berjaya untuk ‘membeli’ mereka, dakwaan tersebut akan ditarik balik tetapi kali ini, harga yang ditawarkan jatuh kepada RM5 juta. Sekali lagi saya menolak tawaran ini.”
Fauzi juga memberitahu media bahawa dia akan membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.Apabila ditanya mengapa beliau tidak membuat laporan sebelum ini, Fauzi berkata,” Saya tidak percaya ini akan berlaku sehinggalah Jamaludin dan Osman hilang sejak minggu lepas.”
Fauzi juga mencabar Najib untuk menafikan dakwaan beliau dan beliau juga sanggup berhadapan dengan Najib.
Ketika ditanya mengapa beliau dipilih untuk membuat kerja-kerja melobi ADUN PR untuk melompat, fauzi berkata,”Mungkin mereka ingat saya rapat dengan Jamal dan Osman dan mudah dibeli.”
Didalam sidang media tersebut, Ketua PKR Perak, Hj. Osman Abdul Rahman enggan membuat ulasan tentang isu yang melibatkan Jamaludin dan Osman ataupun tentang kesahihan surat perletakan jawatan mereka.

http://perakexpress.com

No comments: