Tuesday, October 13, 2009

017-3252245

Salam Reformasi untuk rakan-rakan AMK serdang.

Teman-teman boleh hubungi saya melalui 017-3252245.
Telefon lama saya dah arwah.

Wassalam. Farid.

Bangkit bergerak.

Assalamualaikum wbr dan salam sejahtera.

Beberapa hari lagi Syawal akan melabuhkan tirai indahnya. Kegembiraan Syawal agak tercalar dengan kekecewaan di B.P. Sedih dan kecewa harus di buang jauh. Keazaman dan kecekalan harus menjadi tunggak perjuangan kita. Jangan lupa, kekalahan ini bukan bermakna kita tewas. Kekalahan sebenar ialah apabila kita tidak dapat bangkit dari kekalahan. Tekadkan azam dan terus bergerak ke hadapan. Kemenangan akan lebih mudah digapai apabila kita semakin hampir ke kubu musuh. Namun, dalam kemaraan itu jangan kita lalai dan alpa dengan jerat dan jerangkap samar musuh. Ayuh, bangkit bergerak namun berwaspadalah.

Salam islah; Ahmad Farid Ismail

Sunday, February 8, 2009

MENYEMBAH MOHON DERHAKA...

Oleh: Khalid Jaafar

Nizar Jamaludin telah mencipta ungkapan yang akan menjadi klasik dan akan menjadi renungan. Ia bertali-tali dalam SMS, diulang sebut dalam Facebook dan lain-lain wahana. Apa yang berlaku adalah proses perundingan dan pentakrifan kolektif budaya politik Melayu.
Nizar dititah undur sebagai menteri besar dan menteri besar itu “menyembah mohon derhaka,” satu ungkapan yang oxymoron kerana pantang Melayu menderhaka kepada raja. Derhaka dalam erti kata yang mudah adalah tidak patuh kepada raja. Dalam konteks sistem politik dimana sultan memiliki kuasa mutlak derhaka adalah satu perlanggaran yang berat.
Tetapi kita tidak hidup di zaman rex non potest peccare - raja tidak melakukan kesalahan, titah raja adalah hukum dan sentiasa benar. Tetapi kini raja diikat oleh perlembagaan. Nizar melakukan sesuatu yang terdapat dalam peruntukan perlembagaan, negeri Perak, perlembagaan yang sama mengikat Sultan Perak. Maka Nizar tidak derhaka. Tetapi Nizar bercakap dengan Sultan, maka laras bahasanya perlulah mengikut bahasa pertuturan rakyat bercakap dengan Sultan.
Namun betulkah pantang Melayu menderhaka kepada raja? Tun Perak melakukan tindakan yang menderhaka kerana tidak membunuh Hang Tuah seperti yang diarahkan oleh sultan. Hang Tuah difitnah melakukan hubungan sulit dengan salah seorang gundik raja dan bendahara tersebut tahu laksamana itu tidak bersalah dan beliau tahu yang salah adalah sultan yang menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa. Tindakan bendahara menyembunyikan Hang Tuah tidak diketahui sultan sehinggalah baginda memerlukan laksamana tersebut untuk menewaskan Hang Jebat. Sekiranya sultan tahu bendahara tidak melaksanakan hukuman mati tersebut sebelum Hang Jebat memberontak sudah pasti bendahara akan diistihar derhaka dan dihukum mati.
Tetapi tradisi persuratan Melayu tidak mencemoh Tun Perak sebagai derhaka. Bahkan beliau melihat keingkarannya kepada perintah sultan sebagai satu tindakan yang berani dan adil. Berani kerana melakukan sesuatu yang boleh menggadai nyawanya sendiri, dan adil kerana tidak bersekongkol dengan kesilapan dan kezaliman yang dilakukan oleh sultan. Tetapi Tun Perak hidup dizamannya dan dalam sistem zaman itu. Dia tidak boleh “menyembah mohon derhaka”.

Saturday, February 7, 2009

UMNO DAYUS, BACUL DAN PENGECUT!!! INI FAKTA SEBENAR NYA

SIDANG MEDIA YAB DATO’ SERI HAJI MOHAMAD NIZAR JAMALUDIN BERSAMA YB NGA KOR MING, USTAZ AHMAD AWANG DAN YB ZAINUDIN YUSOF DI KEDIAMAN RESMI MENTERI BESAR.6.30 petang 6 Februari 2009.

YAB Dato’ Seri Haji Mohamad Nizar Jamaludin menafikan laporan akhbar perdana dan TV1 berhubung ura-ura mengambil tindakan mahkamah terhadap DYMM Tuanku Sultan Perak. Laporan itu adalah fitnah dan pembohongan besar UMNO/BN untuk menyembunyikan pencabulan undang-undang yang mereka lakukan dalam rampasan kuasa di Perak.

Tindakan dari sudut undang-undang yang akan diambil ialah terhadap ADUN Pangkor, YB Dato’ Dr. Zambry Abdul Kadir yang mengangkat sumpah sebagai MB di Istana Iskandariah petang tadi. Angkat sumpah tersebut bercanggah dengan perlembagaan kerana Dato’ Seri Haji Nizar masih sah sebagai MB mengikut perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri Perak.
Dato’ Seri Haji Mohamad Nizar akan memohon perisytiharan mahkamah bahawa beliau adalah Menteri Besar negeri Perak yang sah mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri.

Perkara 16(6) memperuntukkan MB hanya boleh lucut jawatannya melalui 3 cara:
1. Pembubaran DUN.2. Undi tidak percaya dalam sidang DUN.3. Meletak jawatan.
Perlantikan YB Dato’ Dr. Zambry sebagai MB baru adalah tidak sah kerana YAB Dato’ Seri Haji Mohamad Nizar masih tidak lucut jawatannya melalui mana-mana antara 3 cara yang diperuntukkan oleh undang-undang perlembagaan tersebut.

Merujuk kepada perenggan akhir Kenyataan Media Pejabat Tuanku Sultan petang 5 Februari yang menyatakan “Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK itu dianggap telah dikosongkan”, Dato’ Seri Haji Mohamad Nizar menegaskan bahawa ia tidak menepati mana-mana peruntukan Undang-Undang Perlembagaan berhubung ‘lucut jawatan’ Menteri Besar.

Menjawab soalan wartawan berhubung kedudukan sebenar Kerajaan Negeri Perak selepas majlis angkat sumpah Menteri Besar baru di Istana Iskandariah petang tadi, Dato’ Seri Haji Mohamad Nizar mendesak UMNO supaya memberhentikan tindakan melanggar perlembagaan yang telah dan sedang mereka lakukan. “I’m still the legitimate Chief Minister of Perak. Hari ini Perak ada dua Menteri Besar. Saya sebagai Menteri Besar yang sah dan Dr. Zambry sebagai Menteri Besar haram” katanya.

Dato’ Seri Haji Mohamad Nizar turut menyelar UMNO kerana takut berdepan dengan pembubaran DUN dan pilihanraya negeri untuk mendapat mandat muktamad dari rakyat. “UMNO dayus dan UMNO pondan kerana sanggup mengeksploit institusi Raja secara jahat untuk merampas kuasa diluar batas undang-undang dan perlembagaan.”

Sementara itu Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menegaskan himpunan membantah perlantikan Menteri Besar baru di Bukit Chandan selepas solat Jumaat petang tadi tiada kena mengena dengan Dato’ Seri Haji Mohamad Nizar. Bantahan yang disuarakan itu adalah manifestasi hasrat dan suara rakyat yang kecewa dengan konspirasi politik yang dicetuskan oleh UMNO.

PAS Perak kesal dengan tindakan pasukan keselamatan yang bertindak melepaskan gas pemedih mata sehingga ke dalam kawasan Masjid Ubudiah yang akhirnya mencetuskan suasana kecoh berhampiran Istana Iskandariah.

FAKTA KRISIS PERLEMBAGAAN PERAK
1. TIADA MANA-MANA PARTI MEMILIKI MAJORITI NYATA.
BN – 28 KERUSI
PR – 28 KERUSI
BEBAS – 3 KERUSI

2. ADUN-ADUN LOMPAT ADA KEBARANGKALIAN TINGGI UNTUK MELOMPAT LAGI PADA BILA-BILA MASA. SULTAN TIDAK WAJAR DIPERMAINKAN DENGAN KEPERLUAN MELANTIK KERAJAAN BARU SETIAP KALI BERLAKU ADUN MELAOMPAT.

3. KEADAAN POLITIK PERAK AKAN TERUS TIDAK STABIL KERANA TIADA SEBARANG JAMINAN ADUN-ADUN LOMPAT ITU BOLEH BERHENTI MELOMPAT. KREDIBILITI 4 ADUN LOMPAT ITU SANGAT BOLEH DIPERTIKAIKAN KERANA SALAH SEORANG DARIPADA MEREKA TELAH DUA KALI MELOMPAT MANAKALA KESEDIAAN MEREKA SEMUA UNTUK BERPEGANG PADA JANJI YANG DIBUAT KEPADA RAKYAT BOLEH DIPERTIKAIKAN. DUA DARIPADA ADUN LOMPAT ITU JUGA SEDANG MENGHADAPI TUDUHAN RASUAH DI MAHKAMAH DAN BN TELAH MENUNTUT AGAR MEREKA DIGANTUNG TUGAS SEMASA MEREKA MASIH BERSAMA PAKATAN RAKYAT.

4. DALAM KEADAAN INI, MANDAT BARU ADALAH SATU-SATUNYA PILIHAN YANG ADA. HAK MENENTUKAN KERAJAAN BARU PATUT DISERAHKAN KEMBALI KEPADA RAKYAT SEBAGAI MENJUNJUNG PRINSIP DEMOKRASI YANG TULEN. LANGKAH PALING TEPAT IALAH MEMBUBARKAN DUN UNTUK DIADAKAN PILIHANRAYA NEGERI PERAK.
BN TERUS MEMFITNAH DAN BERBOHONG.

AKHBAR, TV DAN RADIO YANG DIKUASAI BN TERUS MEMFITNAH YAB DATO’ SERI HJ. MOHAMAD NIZAR.
- NIZAR INGKAR TITAH SULTAN
- NIZAR DERHAKA
- NIZAR SAMAN SULTAN
- NIZAR ANJUR PERHIMPUNAN HARAM

FAKTA SEBENAR :
- Bagi isu YAB Dato’ Seri Haji Mohamad Nizar tidak meletakkan jawatan setelah dititahkan oleh Tuanku Sultan, tindakan itu selaras dengan kehendak peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri. Oleh itu isu ‘derhaka’ tidak timbul bahkan sebenarnya YAB Dato’ Seri menumpahkan sepenuh taat setia kepada Tuanku Sultan dengan cara menjunjung kedaulatan perlembagaan negeri yang dipayungi baginda.

- Isu ’saman Sultan’ dicipta oleh UMNO dan dimainkan oleh media di bawah pengaruh BN secara jahat dan jijik. YAB Dato’ Seri tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan tentang hasrat seperti itu atau apa-apa kenyataan yang boleh ditafsirkan sebagai bermaksud begitu. TIADA TINDAKAN UNDANG-UNDANG ATAU TINDAKAN MAHKAMAH YANG TELAH ATAU AKAN DIAMBIL OLEH YAB DATO’ SERI HAJI MOHAMAD NIZAR ATAU PAKATAN RAKYAT TERHADAP DYMM PADUKA SERI SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH.

- RTM dan MEDIA PRIMA telah menggambarkan Dato Seri Haji Mohamad Nizar bertanggungjawab secara langsung terhadap perhimpunan-perhimpunan rakyat yang diadakan di beberapa tempat sejak dua tiga hari yang lalu. Dato’ Seri digambarkan sebagai PENDERHAKA yang menghasut rakyat menentang Raja. Insiden di Masjid Ubudiah dan sekitar Bukit Chandan selepas Solat Jumaat 6 Februari menjelang majlis angkat sumpah kerajaan (tidak sah) BN Perak sebenarnya tercetus daripada rasa kecewa rakyat terhadap rampasan kuasa yang dilakukan oleh UMNO. YAB Dato’ Seri Haji Mohamad Nizar tiada kena mengena dengan perhimpunan tersebut dan tidak pernah mengarahkan sesiapa pun untuk menghalang majlis angkat sumpah itu secara fizikal.

PERUTUSAN MB PERAK

BismilahirRahmanirRahim.

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkanNya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.
Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi.
Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.

Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang.
Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negerisecara jelas dan pasti. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan.

Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah bertepatan dengan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan yang dijunjung bersama.
UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap istana.

Tiga Kaedah ‘Lucut Jawatan’ Menteri Besar
Berhubung kecelaruan isu ‘letak jawatan’ atau ‘lucut jawatan’ saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa ‘lucut jawatan’ saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :
Pertama – pembubaran Dewan Undangan Negeri.
Kedua – undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.
Ketiga – saya meletak jawatan secara sukarela.

Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?

Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato’ Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram!

Rakyat Murka, Sultan Derhaka!

Tiba-tiba rakyat bangkit murka
tidak sangka sultan menderhaka
meminggir sepi suara keramat
memperkenan sembah barisan bangsat

Keadilan bukan kanun retorik
hiasan perlembagaan kosmetik
dari busuk ketulan taik-taik
pertubuhan ketuanan melayu fasik

Bersama c4 tiada maaf bagimu
katak-katak songlap jutawan baru
riuh melompat ke mulut buaya
terkutuk maruah selagi bernyawa

Riuh setan mengguling demokrasi
bacul mengubur hak majoriti
murka rakyat membawa resolusi
mengulang saujana gema reformasi

Dulu, kini, selamanya sejagat
ketuanan rakyat tetap berdaulat
maka sedihnya derhaka sultan
meruntuh warisan taat kesetiaan!

Fudzail
Dubai, UAE
7 Feb 2009

Friday, February 6, 2009

Bersalahkah Anwar bin Ibrahim?

Ketika keputusan pilihanraya pada 8 Mac 2008 diumumkan, semua rakyat bersorak kegembiraan. BN hilang 2/3 majoriti, BN hilang 5 negeri, Samy Vellu kalah, Sharizat kalah, KJ pada kiraan awal kalah lepas itu menang dengan penurunan majoriti dengan begitu mendadak. Semuanya disambut dengan penuh rasa kegembiraan, tangisan, dan sambutan terhadap kemenangan tersebut diraikan dengan penuh rasa syukur.

Namun apabila kerajaan Pakatan Rakyat di Perak goyahtelah dirampas kekuasaannya dengan tidak mengikut undang - undang. Mula kedengaran suara - suara busuk mengeji Anwar Bin Ibrahim. Ada yang mengatakan beliau tidak pandai memilih calon. Ada yang mengatakan sebab beliau yang sibuk - sibuk cakap fasal 16 September maka inilah hasilnya. Perak hilang.

Bezanya Anwar dan Najib adalah Anwar mahu peralihan kuasa itu dilakukan dengan cara mengikuti undang - undang. Anwar telah meminta agar Pak Lah memanggil satu sidang khas parlimen dijalankan. Adakah Pak Lah akur dengan tuntutan beliau, sudah pasti tidak. Kenapa tidak akur kerana Pak Lah tahu pasti ada beberapa Ahli Parlimen BN yang akan memberi undi tidak percaya kepada beliau. Speaker Dewan Rakyat juga telah beberapa kali menolak usul undi tidak percaya yang diusulkan oleh Pakatan Rakyat. Anwar tidak gopoh seperti mana Najib. Anwar tidak menculik dua Adun KeADILan dan membawanya ke Pekan. Anwar tidak terus memaksa Agong memecat Pak Lah. Anwar tetap mahu melakukannya dengan mengikut perlembagaan negara. Kerana apa? Kerana beliau tidak mahu peralihan kuasa itu berlaku dengan kekacauan. Lihat di Perak. Apabila kekuasaan itu dilakukan tidak mengikut perlembagaan Sultan sendiri terasa bahananya. Itulah yang membezakan upacara LOMPAT ANWAR dengan NAJIB.

Apabila terjadinya pembelotan oleh dua Exco KeADILan, segera tampil beberapa insan yang mengutuk Anwar Bin Ibrahim kerana tidak pandai mengenal calonnya itu. Baik, biar saya berikan beberapa contoh. Contoh yang pertama, ibubapa mana yang tidak mahu anaknya menjadi insan yang berguna. Anak - anak diberi didikan supaya mereka tidak menjadi gangster, amanah, tidak rasuah, tidak bunuh orang dengan C4, tidak bunuh orang di penjara dan bermacam lagi perkara buruk yang tidak terjadi kepada mereka. Tapi apabila anak - anak itu tetap juga menjadi jahat adakah ianya salah ibubapa. Nabi Nuh a.s juga gagal mendakwah anak dan isterinya. Adakah Nabi Nuh a.s gagal? Tidak, ini semuanya berlaku diluar jangkaan kita. Contoh kedua, apabila si suami berkahwin dengan isterinya sudah pasti mereka mahu perkahwinan mereka kekal dan bahagia senantiasa. Segala kasih sayang dan pengorbanan dilakukan dengan ikhlas dan dengan rela hati semahunya. Tapi jika si suami mempunyai perempuan simpanan adakah si isteri mengetahuinya. Bila si suami membawa perempuan simpanannya pergi ke mana - mana untuk melepaskan nafsunya adakah si isterinya tahu dan begitu juga sebaliknya. Semuanya ini berlaku diluar jangkaan kita. Kita bukannya Tuhan. Hanya Tuhan sahaja yang mampu mengenal makhluk ciptaanNya. Walaupun tarbiyah, usrah, sekolah, kelas - kelas diberikan kalau sudah ditakdirkan mereka menjadi jahat maka jahatlah mereka. PAS pernah hilang Allahyarham Asri Muda, Nakhaie. PRM pernah hilang Kassim Ahmad. DAP pernah hilang Lee Lam Thye. Adakah ini semua salah pucuk pimpinan. Tidak dapat dinafikan mungkin ada beberapa perkara yang menyebabkan mereka khianat. Tapi adakah mereka boleh menjangkakan. TIDAK!!

Saya merasa jijik dan sedih kerana beberapa insan yang telah mengutuk Anwar dan Pakatan Rakyat. Semua orang mahu melakukan terbaik. Tapi jika sudah begini suratan takdir apa yang kita boleh buat. Cukup sekadar kita menjadikannya sebagai iktibar dan pedoman. Jadikan peristiwa ini sebagai satu pemangkin semangat untuk terus berjuang mereka yang zalim ini. Perompak tidak akan berhenti merompak. Perompak tidak akan merompak ikut pintu depan sahaja. Mereka akan merompak dari semua segenap penjuru. Walaupun kita ada pengalaman dari tahun 1961 tapi mereka yakni Zionis Malaysia ini tidak akan berhenti merompak. Mereka akan menggunakan taktik - taktik yang licik sampai ada satu tahap menculik wakil - wakil rakyat kita. Tidak boleh beli RM 50 juta, diculiknya mereka.
Saya bukannya taksub dengan Anwar Bin Ibrahim. Tapi saya simpati dengan beliau kerana beliau bersungguh - sungguh untuk memastikan Malaysia sel
amat dari cengkaman Zionis Malaysia. Beliau bersungguh - sungguh membawa PAS dan DAP duduk semeja. Beliau bersungguh - sungguh membawa usul tidak percaya dan memanggil sidang khas Parlimen tapi tidak berjaya. Adakah ini salah beliau. Kita merancang wahai sahabatku. Selebihnya Tuhan yang menentukan.
Jadi buat mereka yang mengkritik yang keterlaluan terhadap beliau renung - renungkan. Kuatkan semangat dan teruskan berjuang. Buat mereka yang hanya duduk didalam pejabat yang berhawa dingin, di rumah dan yang tidak pernah berjuang hatta menampak poster di pokok ketika pilihanraya you can shut your mouth!!!!

Monday, February 2, 2009

Najib tawar RM50 juta untuk beli ADUN PKR

Ketua Bahagian PKR Ipoh Barat, Fauzi muda hari ini mendedahkan tentang bagaimana Najib Razak pernah menawarkan RM50 juta kepadanya untuk membantu mendapatkan dua ADUN PKR melompat kedalam BN tahun lepas.
Walaupun mengakui beliau tidak mempunyai bukti kukuh untuk menyokong dakwaannya, beliau mencabar Najib untuk menafikan dakwaan beliau ini.
Perkara ini berlaku, tiga hari selepas pilihanraya yang meruntuhkan BN diPerak. Fauzi memberitahu, seorang rakan beliau, Suleiman Mansor, seorang ahli biasa Umno telah menjemput beliau ke kuala Lumpur pada 11 March 2008 di Plaza Toll Jalan Duta.
Walaubagaimanapun, Suleiman telah membawa Fauzi untuk berjumpa dengan tiga orang, termasuk Timbalan Menteri Pertahanan, Zainal Abidin Zain, diPlaza tol Jalan Duta.
“Selepas itu, saya dibawa berjumpa Najib dikediamanya diPutrajaya, dimana Najib telah memujuk beliau untuk mengusahakan supaya dua ADUN PR melompat kedalam BN. Saya telah dijanjikan RM50 juta untuk khidmat saya dan diberitahu bahawa saya diberikan kebebasan untuk memujuk mana-mana ADUN.” Kata Fauzi.
Walaubagaimanapun, Fauzi enggan memberikan salinan akuan bersumpah ataupun kenyataan media yang dibuatnya.
“Najib berjanji kepada sya sekiranya saya berjaya, perlantikan Menteri besar akan tertangguh. Walaubagaimanapun, saya meninggalkan kediamanya tanpa berjanji apa-apa kerana saya risaukan keselamatan saya.”
Beliau juga mendakwa, Suleiman telah menemuinya sekali lagi tahun lepas, selepas Jamaludin dan Osman ditahan dan didakwa atas tuduhan rasuah.
“Saya diberitahu, sekiranya saya berjaya untuk ‘membeli’ mereka, dakwaan tersebut akan ditarik balik tetapi kali ini, harga yang ditawarkan jatuh kepada RM5 juta. Sekali lagi saya menolak tawaran ini.”
Fauzi juga memberitahu media bahawa dia akan membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.Apabila ditanya mengapa beliau tidak membuat laporan sebelum ini, Fauzi berkata,” Saya tidak percaya ini akan berlaku sehinggalah Jamaludin dan Osman hilang sejak minggu lepas.”
Fauzi juga mencabar Najib untuk menafikan dakwaan beliau dan beliau juga sanggup berhadapan dengan Najib.
Ketika ditanya mengapa beliau dipilih untuk membuat kerja-kerja melobi ADUN PR untuk melompat, fauzi berkata,”Mungkin mereka ingat saya rapat dengan Jamal dan Osman dan mudah dibeli.”
Didalam sidang media tersebut, Ketua PKR Perak, Hj. Osman Abdul Rahman enggan membuat ulasan tentang isu yang melibatkan Jamaludin dan Osman ataupun tentang kesahihan surat perletakan jawatan mereka.

http://perakexpress.com

Friday, January 30, 2009

Nik Aziz ibaratkan Umno pokok hampir mati

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan perkembangan dalam Umno sekarang menunjukkan parti itu hilang daya tarikan sehingga ada pemimpinnya yang berpaling tadah.
Kata beliau, kalau diibaratkan sebatang pokok, Umno kini sebuah parti yang hampir mati dan akan gugur sendiri dahannya satu persatu sebelum menjadi pokok mati.
“Umno kini tiada daya tarikan atau ‘graviti’ untuk menarik rakyat menyokong perjuangannya dan ini menyebabkan ramai ahli dan pemimpinnya mula berpaling tadah menyertai parti pembangkang, terutama PAS,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Exco Kerajaan Negeri Datuk Anuar Tan di sini hari ini.
Menteri Besar Kelantan itu berkata apa yang sedang berlaku dalam Umno merupakan perkembangan yang baik bagi Pakatan Rakyat, khasnya PAS, yang sedang berusaha menarik sokongan rakyat terhadap perjuangan yang akan membawa perubahan kepada mereka.
Ditanya mengenai cadangan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail supaya sayap Umno dibubarkan bagi mengelak politik wang dalam parti itu, Nik Aziz berkata, itu adalah masalah dalaman Umno.
“Ia terjadi dengan sendiri apabila pemimpinnya tidak mengamalkan dasar yang betul.
“Inilah juga punca yang menyebabkan Umno diibaratkan parti yang hilang graviti untuk menarik rakyat menyokong perjuangannya,” katanya.

http://www.bernama.com

Dollah senyum, Najib dipaksa ganti Tajol, Umno Perak makin tenat

Perletakkan jawatan Tajol Rosli sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak menimbulkan beberapa tanda tanya. Pagi semalam, semua media milik BN telah menyiarkan isu perletakkan jawatan beliau, namun lewat petang semalam Tajol seolah-olah menafikan perkara berkenaan.
Paling mengejutkan, selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno (MT) semalam, Dollah mengumumkan bahawa Najib dilantik bagi memangku jawatan Pengerusi Umno Perak dan Timbalanya adalah Zahid Hamidi.
Perkara ini menimbulkan beberapa polemik dimana Tajol seolah-olah dipaksa untuk meletakan jawatan ekoran dari kekalahan teruk Umno-BN pada Pilihanraya Umum lalu dan juga pengumuman ADUN Bota, Nasaruddin Hashim yang menyertai Keadilan.
Selain itu, pergolakkan dalam Umno Perak diperingkat Bahagian juga dilihat sebagi punca penyingkiran Tajol Rosli yang dilihat sudah terlalu usang dalam organisasi Umno Perak.
Umno Perak adalah antara organisasi Umno yang paling tenat dinegara ini sejak Mac tahun lalu.
Peningkatan sokongan rakyat di perak menakutkan Umno dan berita-berita bahawa beberapa ADUN serta Ahli Parlimen akan menyertai Pakatan juga mengusarkan mereka.
Justeru itu, Najib yang bakal dilantik menjadi Presiden Umno diarah (terpaksa) untuk menyelesaikan kemelut dalaman itu.
Anehnya kenapa Najib dilantik bagi memangku Jawatan itu? Beliau orang Pahang. Kenapa tidak dilantik dari kalangan orang Perak sendiri. Sewajarnya kerusi itu diberikan pada Zahid Hamidi yang juga orang Perak atau ahli Majlis Tertinggi Umno yang lain. Kenapa mesti Najib yang kini sudah terbeban dengan kekalahan pada dua Pilihanraya Kecil yang diterajuinya.
Permatang Pauh dan Kuala Terengganu sudah cukup memberikan gambaran akan kelemahan Najib sebagai pemimpin Umno.
Nampaknya Dollah Badawi sengaja meletakkan Najib ditempat-tempat yang kritikal bagi melemahkan nafsunya untuk menggulingkan Dollah pada bulan Mac nanti.
Tanggungjawab kecil tetapi berat ini pastinya akan menjadi bahan perlekehan di kem Dollah menjelang pemilihan Umno kelak.
Umno Perak yang semakin tenat, bakal mengharungi saat-saat kehancuran dibawah pengurusan Najib.
Maka inilah peluangnya untuk ahli-ahli Umno menilai percaturan politik yang dimainkan oleh pemimpin mereka. Terpulanglah samada mereka ingin terus setia membabi buta atau keluar untuk bersama Pakatan.
Sesungguhnya Pakatan di Perak semakin kuat begitu juga diseluruh negara. Umno-BN terkepung dalam kem sendiri. Tajol Rosli sudah undur diri, bermakna tidak lama lagi Umno Perak akan tinggal nama sahaja kerana sudah tiada anak-anak Perak yang ingin meneruskan perjuangannya.
http://dppwp.wordpress.com

Can Umno save itself from corruption?

by Fudzail

I have lost trust and hope in Umno top leaders as well as young leaders for a long time, as long as they are part of the sinking ship, they are the same. Period.The Edge Financial Daily saysCan Umno save itself from corruption?CAN Umno save itself from corruption? It is telling that Umno disciplinary board chairman Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail has called for all the party's wings - Wanita, Youth, Putera and Puteri - to be abolished in order to reduce corruption in the system.Such a radical message - from a party elder and custodian of its integrity - means that the rot has gone so deep that only the most drastic action can save the organisation from an ignoble fate.Indeed, it is relevant to ask today whether Umno can salvage its reputation, or whether it is too late for that already.Harsh as that may sound, the question now reverberates through the public space, since all efforts to rid the party of corruption for over two decades have failed to cure it of the malaise.What has brought Umno, once the most formidable political force in the country, to its current crisis of credibility?The answer is simple - the system of checks and balances that can prevent people in power from abusing their positions to reward their supporters is not working.For Umno to stop corruption from spreading, it must open itself to scrutiny, so that people who are not able to benefit from their proximity to the seat of power can object when favours are granted by the powerful to their family members and friends.If Umno can rise to the challenge, perhaps there is hope for its political renaissance.If it cannot, it must live with the taint of money politics, as the scourge of corruption in its ranks has been euphemistically called, and deal with the consequences of its inertia.Today, the odour of corruption that envelops Umno cannot be masked by the failure of those who make such accusations to provide concrete evidence of the practice. It is well reported that Umno leaders themselves have been loudly complaining about vote-buying for the longest time.This has become standard fare whenever an Umno election looms, and reports of money politics on a mind-boggling scale have become an inseparable part of the political scenario. Who cannot recall the episode of a candidate for a division chief's post who spent RM6 million in 1995 on his campaign?In such a milieu, is it possible that Umno leaders at all levels are free of money politics?Further, with Umno's standing at such a low ebb, how can it hope to renew the Barisan Nasional after the mauling that the coalition received in the last election?Indeed, the current generation of Umno leaders deserve to apologise to the likes of Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Dr Ismail and Tun Hussein Onn, who laid the foundations of the nation's progress, for bringing the political situation to its current abyss.